Wednesday, February 2, 2011

cinta SENJA DI BIBIR MATAtm cinta mekar di hati setiap insan, karya: Azril firdaus Hassan “pada zahirnya cinta itu wujud kerana adanya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya '

Dimata Aril,suasana petang di Wilayah Shifax itu nampak begitu mempersona.Cahaya mataharinya kekuningan seperti menembusi atap-atap rumah, kedai-kedai, bangunan-bangunan serta kenderaan yang lalu lalang menciptakan irama kebisingan yang memecahkan kesunyian manusia,Semburat cahaya kuning yang terpantul dari riak gelombang di pantai menciptakan riak ketenangan dan kedamaian.
Diatas pasir yang putih,kanak-kanak masih lagi bermain kejar-kejaran. Ada juga yang sedang bermain istana pasir. Di tangan kasar kanak-kanak itu, tergengam lembut butir-butir pasir putih yang tampak seperti segenggam emas yang berkilau diterpa sinar mentari senja.
Di beberapa tempat, di sepanjang pantai, kelihatan muda-mudi sedang bermesra mesraan. Dia antara meraka ada yang masih lagi memegang buku yang tebal di tangan. Menandakan mereka adalah pelajar yang baru sahaja balik dari kampus dan belum sempat pulang kerumah. Bermesraan dengan pujaan hati lebih penting daripada memilih untuk bermesraan dengan keluarga; ayah, ibu, adik,dan kakak di rumah.
Di mana-mana sahaja muda mudi yang sedang berhempas dengan kemanisan percintaan. Senja menjadi waktu istimewa bagi mereka. Waktu untuk bertemu,saling bertentang mata, duduk berdampingan dan bercerita kisah romantik. Saat itulah yang ada dalam hati dan pemikiran mereka adalah kemanisan kepada sang kekasih yang dicintai. Tak terlintas pun dihati dan fikiran mereka bahawa senja itulah yang akan menjadi saksi sejarah mereka kelak. Ya,kelak ketika dihimpunkan sejarah masa muda mereka akan dipertangungjawabkan Dihadapan sang Pencipta Cinta. Dan jatuh cinta mereka pun akan dipertanggungjawabkan ke atas-NYA: Dihadapan pengadilan dzat yang Maha Adil, yang tidak adapun sedikit kezaliman dan ketidak adilan disana.
Dimatanya, petang di pantai Wilayah shifax  itu begitu mempersona dan Nampak begitu indah. Ia memandang ke arah pantai. Ombaknya berbuih putih berbau air laut. Bergelombang naik turun seperti berkejar kejaran menampakan keriangan dimata Aril. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mengalirkan kesejukan. Suara desau-desau di telinganya benar-benar terasa sempurna seumpama desau zikir alam yang menciptakan suasana tenteram dan ketenangan.
Dari jendela biliknya yang terletak dihotel lima bintang Hotel Kowlown, ia menyaksikan keindahan sementara sihir dunia itu. Dimata Aril,petang di Wilayah Shifax itu telah membuatnya seolah-olah tidak lagi berada didunia ini, namun hanya sebuah di sebuah alam  yang dipenuhi keindahan dan kedamaian sahaja.
Sesungguhnya bukan hanya semata-mata kerana cuaca dan suasana menjelang cuti pertengahan tahun yang membuatkan Wilayah Shifax begitu mempersonakan. Bukan kerana semata-mata keindahan matahari senja yang membuatkan Wilayah shifax begitu menakjubkan. Bukan kerana butiran pasir yang lembut dan putih bersih yang membuatkan Wilayah Shifax begitu menawan. Akan tetapi,lebih dari itu, yang membuatkan semua yang dipandangnya Nampak menakjubkan dan mempersonakan ialah kerana cuti pertengahan tahun yang bertandang dihatinya. Matahari kebahagiaan yang sedang bersinar terang disana. Bunga-bunga kasturi menebarkan wangian harumanya. Bunga-bunga cinta mekar mengalunkan irama terindahnya. Dan penyebab itu itu semua, adalah tak lain tak bukan adalah seorang gadis pulau, yang dimatanya terbit bunga putih yang mekar. Gadis yang dimatanya seperti permata berlian yang begitu indah.
Gadis itu adalah gadis kilauan matahari di musin cuti. Susuk yang menjadi bahan perbualan buah bibir kalangan mahasiswa dan masyarakat Pulau Parsi di Wilayah Shifax. Gadis yang begitu mempersonakan dan dikagumi banyak orang. Dikagumi bukan hanya kerana kecantikan paras tetapi juga kerana kebijaksanaan dan prestasi-prestasi yang telah diraihnya.
Lebih dari itu, gadis itu adalah puteri sulung duta besar bagi masyarakat Pulau Parsi di Wilayah Shifax.
 Dialah Dwi Dayana Axora. Satu-satunya anak sulung kepada duta besar menteri Pulau Parsi di Wilayah Shifax. Hampir genap dua tahun gadis itu tinggal di Wilayah Shifax. Selain dari menemani kedua orang tuanya, kehadirannya di Negara Bunga Sakura itu adalah untuk melanjutkan ijazahnya di Kedayan University In Shiefarixies (KUS).
Belum begitu lama menetap dan menghirup udara segar di Wilayah Shifax, gadis yang bersuara jernih seprti Erra Fazira itu banyak menunjukan prestasinya. Justeru itu, dia langsung menjadi pusat perhatian. Kerana baru satu bulan kedatangannya di Shiefarixies, tulisan tangan opininya dalam bahasa kedayan telah dimuatkan di dalam sebuah buku Kedayan Oxford league. Tulisan dan bahas yang melibatkan tentang masyarakat Wilayah Shifax dalam memperjuangkan martabat anggota-anggotanya, tentang kekejaman Israel dan sekutunya terhadap dunia. Wilayah Shifax yang hanya dapat bersuara,tapi tak dapat berbuat apa-apa. Tulisan Dwi teratur, penuh isi, tajam dan mantap kerekter dan kuat datanya. Orang yang mempunyai ilmu yang memadai akan menilai tulisanya merupakan kerjasama antara pandangan seorang janualis,penganalisis,  sasterawan dan tokoh kedayan terulung.
Kerana kebijaksanaanya itulah yang membuatkan ia dijemput untuk hadir dalam satu rancangan telivision dalam program Ambuyat’s TV. Dirancangan Ambuyat’s TV itu, Dwi diminta untuk berdebat bersama dengan seorang tokoh Wilayah Shifax. Hampir seluruh masyarakat Pulau Parsi di Wilayah Shifax menyaksikan tayangan langsung istimewa itu. Baru pertama kali ini anak dari Pulau Parsi yang diminta untuk berhujah di sebuah forum yang bukan sembarangan orang diundang. Sejak itulah Dwi dayana menjadi buah mulut perbualan orang dan menjadi bintang di langit cekerawala Wilayah Shifa,terutamanya dikalangan mahasiswa Pulau Parsi.
Hari demi hari,gadis yang telah menamatkan diplomanya di Negara beriklim sejuk di EHESS Babylon itu sudah hampir tiga kali tampil di layar television di Wilayah Shifax. Sekali di Ambuyat’s TV dan dua kali di chanel BISTRO2.  bersambung~~

No comments:

Post a Comment