Monday, February 14, 2011

continue.. part II cinta senja di bibir mata~

Wajahnya yang tak tumpah seperti diva pop popular dari New York, Britney spears, memang layak untuk tampil di kaca tv. Selain kerana dia seorang anak Duta Pulau Parsi yang bijak dan fasih dalam berbahasa Kedayan dan prancis.
Dwi Dayana Axora, puteri kepada Pangeran Salihin itulah yang membuat Aril berada di Wilayah Shifax dan tidur dan berumah di hotel lima bintang selama seminggu di Wilayah Shifax ini. Meskipun berulang kali ke Wilayah Shifax, kehadirannya ke Wilayah Shifax kali ini begitu istemewa baginya.  Ia tidak menafikan dia hanyalah manusia biasa, bukan malaikat. Dia tak menafikan pemuda sepertinya yang cerewet memilih puisi kerana merasa sangat diperlukan dan dianggap penting oleh seorang gadis yang cantik dan terhormat seperti Dwi Dayana. Gadis yang menerangi kegelapan malam dan bersinar terang dihatinya.
Awalnya ialah apabila Duta Besar Republik Pulau Parsi(DRPP) telah mengadakan acara juadah tradisi “Gerai Promosi Tradisi dan Kebudayaan Pulau Parsi di Wilayah Shifax”. Beberapa acara tradisi telah dipamerkan di dewan auditorium di Wilayah Shifax selama satu minggu. Selama itu juga pameran dan makanan serta masakan tradisi masyarakat Pulau Parsi telah di khaskan. Ada empat makanan yang dipromosikan iaitu ambulung, jering goring, lauk liking,dan soto kedayan. Dan Dwi lah yang menjadi ketua program tersebut. Sementara Aril dikenali sebagai mahasiswa yang mahir memasak. Dan dia dikontrakan DRPP untuk membuka gerai jering goring. Mulanya dia menolak, kerana dengan kontrak yang diberi dia harus meninggalkan bisnes sampingan membuat belacan selama seminggu. Dia khuatir pelangganya kecewa,namun puteri pangeran itu terus mendesaknya. Akhirnya Aril menerima tawaran tersebut dan terus bersedia untuk meneruskan kemahirannya dalam promosi DRPP untuk satu minggu,walaupun kata hati dalam kerisauan Aril memikirkan kekecewaan pelanggan.


Sejak itulah hati aril berbunga-bunga,kerana sebelum berangkat ke Wilayah Shifax dia selalu dihubungi Dwi. Dan saat di Auditorium Dwi hampir setiap hari menjenguk ke gerainya berkali-kali untuk bertanya, melihat-lihat, atau hanya sekadar untuk membawanya berborak bersahaja.
“saya stabik la mahasiswa yang pandai memasak seperti abang keh!! Sedap!!” puji Dwi. Hatinya tersanjung luar biasa.
Bagaimana tidak,gadis yang jelita itu sangat menghormatinya. Dia dipanggil dengan panggilan “abang keh”,bukan langsung memangil namanya, atau dengan kata ganti “kamu” atau “anda”. Masyarakat yang mengenalinya memang biasa memanggil namanya “abang aril”  kerana namanya aril firdaus Hassan,atau “abang insinyur” kerana ia memang dikenali sebagai “insinyur”-nya dunia masak memasak di kalangan mahasiswa shifarixies. Entah kenapa,pabila dia mendapat pujian daripada Dwi itu. Dia merasakan kebahagiaan yang sangat lain dari yang lain, umpama satu perasaan yang belum pernah dirasakanya sebelum ini.
Dia tersenyum sendiri, kedua matanya memandang ke arah pantai. Melihat Dua orang pasangan Wilayah Shifax berjalan mesra sambil berpegangan tangan menyusuri pantai yang berada tepat dihadapan hotel.
Ia tersenyum sendiri.entah kenapa tiba-tiba imaginasinya terlintas difikiran, andai yang berjalan itu adalah dirinya dan Dwi. Alangkah indahnya.
Astagfirullah!! Dia beristigfar. Tersentak dari lamunan. Ia sudah menganggap apa yang telah terlintas difikiranya sudah tidak dianggap benar.
Ia mengalihkan pandangannya jauh ke laut luas Wilayah Shifax dan Negara jiran Suferix langsung kelihatan. Nun jauh di sana,dia melihat dua kapal yang Nampak kecil dan kabur asap, kapal-kapal itu sedang menuju ke Wilayah shifax,dan ada juga yang meninggalkan Wilayah shifax. Sejak dahulu lagi, Wilayah Shifax memang terkenal sebagai kota pelabuhan yang penting di serata dunia selain dari tempat pelancongan yang menarik. Pelabuhan utama Wilayah Shifax ini berada di kanan dan kiri kawasan El-Menumbox dan El-Sabakhx. Dua kawasan itu terletak di semenanjung Suferix lama. Di teluk semenanjung itu terlihat dua tembok bersejarah iaitu benteng El-Bobot dan benteng al-Lusir’s.
“wah,cantik juga ar tembok-tembok nie kalau kelihatan dari jauh, seperti melihat tembok besar di Negara china. Alangkah cantik dan indahnya bumi ciptaan yang Maha Esa, Subahanallah,Alhamdulilah”. Ujarnya dalam hati sambil beristigfar memuji keindahan bumi ciptaan tuhan.

Dari jendela biliknya ia mampu melihat benteng El-menumbox itu dari jauh. Kedua matanya kembali mengamati dua buah kapal yang berletak berjauhan antara satu sama yang lain. Liar matanya melihat ke kiri dan kekanan. Laut itu begitu luas dan kapal itu begitu kecil. Padahal di dalam kapal itu mungkin ada beratus-ratus manusia didalamnya. Dan masa yang sama dia berfikir, alangkah kecilnya manusia, dan alangkah penyayangnya Maha Pencipta yang menjinakan laut yang sedemikian luas supaya tenang dilalui oleh kapal-kapal berisi manusia. Padahal, mungkin sekali dalam kapal itu mesti ada diantara mereka yang amat derhaka kepada tuhan. Jika begitu, Tuhan masih saja menunjukan kasih sayingNya. Ia jinakan lautan,dan jika dia berkehendak untuk menengggelamkan kapal itu, dia dapat  memerintahkan ombak untuk menenggelamkan kapal itu, bah kan menghancurkanya. Malahan seluruh Wilayah Shifax, dia teringatkan firmanNya yang indah.
“sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat tanda-tanda kebesaranNya bagi setiap orang yang sabar lagi banyak bersyukur”
Ia terus memandang ke laut Suferix.laut itu telah menjadi peristiwa bersejarah yang mengegarkan dunia suatu masa dahulu. Perang besar antara Raja Burian dan Putera Tunjung.Cerita bersejarah ini telah di abdikan di dalam sebuah buku yang popular Shifax colums History.
“laut yang indah dan penuh nilai sejarah” katanya pada diri sendiri. “mungkinkah aku pun akan mencatatkan sejarah di pantai laut di sini?” dia berkata begitu kerana nanti malam ada jadual makan malam bersama seluruh staff DRPP di pantai EL-Shudarax . ia yakin akan berjumpa lagi dengan Dwi disana... BERSAMBUNG--

1 comment: